Gerakan HAMAS menzahirkan salam takziah di atas kematian Ketua Pasukan Elit Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Qassim Sulaimani, yang terbunuh ekoran serangan udara Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.
Qassim Sulaimani memainkan peranan yang besar dan getir dalam memberikan sokongan terhadap kebangkitan rakyat Palestin di semua peringkat.
Kami berdukacita di atas kematian Qassim Sulaimani dan komander Iran yang lain yang terbunuh dalam serangan udara AS tersebut. HAMAS turut menzahirkan takziah kepada saudara kami rakyat Iraq yang turut membunuh ramai rakyat Iraq dalam serangan tersebut.
Dalam suasana sedih ini, HAMAS turut mengecam pembulian AS yang mencipta pertikaian dan pergolakan di rantau ini, semata-mata untuk melayani kepentingan Israel.
Pentadbiran AS bertanggungjawab atas pertumpahan darah di rantau Arab kerana sikap mereka yang agresif terhadap perebutan bahan api (minyak), berubah dengan membutakan mata terhadap kebebasan, kestabilan dan kepentingan rakyat.
Gerakan HAMAS
3 Januari 2020
Artikel asal: https://hamas.ps/en/post/2515/press-release-on-murdering-qassem-soleimani-by-us-air-forces
Comments
Post a Comment